Melodi Kasih

“lagu apa. lagu mana sering bermain di minda….lagu ini, lagu itu, lagu selalu…kasih merindu”
Lagu rindu..
berpuput sayu
ah..
lagu rasa,
bermaharaja lela,
oh..
lagu kasih,
datang menagih
emm…
lagu sayang,
mahu terbang
hehehe.
Hai..
lagu mana,
hendak ke mana,
lagu rindu,
masih merdu,
lagu kasih,
merintih lara,
sedih hati,
orang tak sudi,
Wahai..
kasih jiwa,
usah kisah lagu apa,
lagu hati
utamakan dulu,
ceria jiwa raga,
rajuk hati
tak sampai ke mana,
hilang kabus cerah,
nampak diri siapa.
Wahai kasih,
usah sedih hati,
bisik hati doa suci,
bersihkan jiwa
lapangkan minda,
rahmat kasih Allah
melimpah ruah,
cukuplah kasihNya
melekat di jiwa.
suara kasih: ” Kalau kasih adalah fitrah Allah, kalau kehidupan jua adalah anugerah Allah, kalau nyawa ini adalah pemberian Allah, kalau tuturkata jua adalah diizinkan Allah, kalau hidup mati kita adalah jua ketetapan Allah, kalau pertemuan dan perpisahan itu disuratkan Allah, ….
maka layaklah kita sebagai hamba Allah bersyukur kepada Allah dan meredhai segala nkmat pemberian Allah, menerima tanpa mempertikaikan kerja Allah. Lalu jika kita tidak dapat apa yang diinginkan ditika ini, dihari ini, di dunia ini, layaklah kita bersyukur jua kepada Allah kerana di situ pasti ada kebaikannya daripada Allah kepada kita makhluk ciptaanNya. Sudah pasti Allah menjanjikan pemberian itu di akhirat kelak…jadi usahlah merasa duka lara kecewa kerana di dunia ini sekejap sahaja…yang penting..kesedaran, pengamalan,dan keikhlasan..berurusan dengan meanusia dan kepada Allah Pencipta kita…amin.”
salam dari kejauhan..
Comments
Post a Comment