Posts

Showing posts from December, 2008

Sepi

Image
Dikeheningan malam Terpaku sepi sendiri Dalam sinar temaram Terasa sunyi hati ini Ingin kuselalu Dekat dengan dirimu Namun semua itu Kini akan berlalu Berat rasanya hati ini Meninggalkan dirimu Hanya kau yang selama ini Mengerti akan diriku Hari-hari bersamamu Takkan pernah kurasakan lagi Dihatiku hanya satu Engkau yang sangat kusayangi

Semakin Jauh

Image
Sejuta malam rasanya menunggu Hadirmu dalam hidupku Dihatiku ada dirimu Dihasratku ada dirimu Namun kini kurasa Jauh semakin jauh Engkau telah pergi meninggalkanku Kau biarkan aku sepi sendiri...tanpa dirimu Tiada lagi tempat tuk bercerita Membagi suka dan derita Mengisakkan tangis bahagia Dalam pelukan dalam belaian Sejuta rindu kian terasa dihatiku Walau telah kucoba melupakanmu Ku tak dapat menyembunyikan rasa sunyi jiwaku Sejak engkau jauh dan tidak lagi bersamaku

Dewi

Image
Dewi Indah ......... seorang wanita yang memiliki kekasih dan hampir menikah, jatuh cinta pula pada seorang pria yang sudah menikah. Rangkaian puisi ini menghantarkan getaran cinta yang ia rasakan, yang ia dambakan dan akhirnya ia putuskan ....... untuk memisahkan diri........ hanya kenangan "cintaindah" yang tersisa........

Lakaran Hidup Kita

Image
Sayang…ingat, mimpi-mimpi itu adalah gambaran, dalam potrek kehidupan anak Adam, sedang kenyataan itu.. adalah hakikat kehidupannya. sayang…ingat, kehidupan di dunia adalah gambaran, dalam lakaran kehidupan insan, sedang di akhirat sana… adalah hakikat kehidupannya sebenar. lalu… semua gambaran itu kosong belaka, semuanya adalah tipu daya sahaja, semua aktiviti kita baik atau buruk, kita menerima hakikatnya di akhirat. jadi… mengapa perlu bersusah hati, usah resah gelisah takut dan berdengki, perlakuan di dunia adalah potrek diri, akan terserlah hakikatnya nanti. sayang… menghitung hari usiaku kini, tidur, makan dan ibadah yang sedikit, manakah peratusan amalan ku tertinggi? layakkah mendapat syurga Ilahi? lihatlah… jika kamu mengayak tepungnya.. justeru halus diambil yang kasar dibuang, betapa banyak amalan yang kita bawa.. tetapi ikhlas jua pilihan Allah ……………………………………………………………………… semoga kita ikhlas untuk membuat amalan2 soleh…niat kerana Allah…..amin..

Lakaran Kasih

Image
Tatkala aku berjalan, tersentuhku pada sebuah lakaran, tanpa wajah hanya coretan, lukisan lara pelangi jiwa, mengusik mimpi semalam… Tatkala aku meneliti, tercari-cariku makna hakiki, betulkah itu lakaran wajah kasih, yang terukir sejak azali, jangan aku tersilap lagi… Hidup ini… adalah satu pusingan, bagi mencari titik persilangan, tatkala bertemu itu janji Tuhan, terimalah, usah pertikaikan… salam kasih sayang… -kasih melekat di hati- ………………………………… lukisan alam cantik dipandagan, lukisan rasa indah dijiwa, satukan rasa dalam doa agar tenang rasa dijiwa…amin

Melodi Kasih

Image
“lagu apa. lagu mana sering bermain di minda….lagu ini, lagu itu, lagu selalu…kasih merindu” Lagu rindu.. berpuput sayu ah.. lagu rasa, bermaharaja lela, oh.. lagu kasih, datang menagih emm… lagu sayang, mahu terbang hehehe. Hai.. lagu mana, hendak ke mana, lagu rindu, masih merdu, lagu kasih, merintih lara, sedih hati, orang tak sudi, Wahai.. kasih jiwa, usah kisah lagu apa, lagu hati utamakan dulu, ceria jiwa raga, rajuk hati tak sampai ke mana, hilang kabus cerah, nampak diri siapa. Wahai kasih, usah sedih hati, bisik hati doa suci, bersihkan jiwa lapangkan minda, rahmat kasih Allah melimpah ruah, cukuplah kasihNya melekat di jiwa. suara kasih: ” Kalau kasih adalah fitrah Allah, kalau kehidupan jua adalah anugerah Allah, kalau nyawa ini adalah pemberian Allah, kalau tuturkata jua adalah diizinkan Allah, kalau hidup mati kita adalah jua ketetapan Allah, kalau pertemuan dan perpisahan itu disuratkan Allah, …. maka layaklah kita sebagai hamba Allah bersyukur kepada Allah dan meredhai s...

Rindu Kasih

Image
Cinta buta tertutupkah hatinya? Langkahku malu mencari pelangi indah, Aku tergapai2 sendirian dalam kelam, Siang ku kata malam, Senja ku sangka pagi yang terang.. Inikah hakikat kasih dalam gelombang. Cinta langit dan bumi berkasih di kejauhan. Temu pada satu garisan putih di pandangan.. Hilang terang gelap pula mendatang… Ingatan kasih tak pernah pudar Nian melayang mencari harapan… Kerana janji kasih pada Ilahi Entah kapankah kasih akan ke sini, Redha kasih menanti… Salam kasihku abadi -kasih-

Puisi Kasih

pelangi kasih, indah jaluran di pandangan mata merentang kiri dan kanan langitnya. tika aku di tengah-tengahnya … terpegun aku dengan keajaibannya. merenungku lama, mencari tujuan dan hala tujunya. kenapa mengapa dan bagaimana,,, semakin aku cari semakin sukar mendapati jawapannya. semakin ku kejar semakin jauh larinya tak jumpa.. lalu aku mengambil keputusan. untuk berhenti sahaja..dan memandang dengan sayunya. aku biarkan pelangi kasih menghilang dalam kabus terang.. aku doakan kesejahteraan dari masa ke semasa itulah selayaknya seorang hamba.. sayang..bayu berpuput menyampaikan perkhabaran, sesungguhnya pelangi kasih ku ceria dan tenteram pelbagai warna menghiasi kamar hidupnya, usah aku mengetuk pintu menyapanya.

Anis

Anis - 7 September 2000. Terbuka saja pintu bilik asrama, aku tergesa-gesa mencampakkan fail dan buku-buku di tanganku. Aku terus duduk di kerusi berhadapan sebuah meja bertingkat dan sebuah komputer peribadi PIII di tingkat atasnya. Suis komputer kuhidupkan serta-merta. Dalam tempoh kurang dari lima minit, komputer itu sudah bersedia untuk digunakan. Aku memerhati sebentar, memikir rangkaian yang ingin ku masuki hari ini. Sepantas itu pula tanganku menggerakkan tetikus untuk memulakan program komunikasi internet komputer tersebut. Terlalu banyak pilihan. Kengkawan Webtenet, Kedai Cafe Chat, Anjung Kopi, Chat Melayu atau Borak. Akhirnya... Dail: 123-RIA-NET-007. OK. Komunikasi: Sambungan TCP/IP, PPP, OK. Login: Anis. Password: ********. Mesej Sistem: Selamat Datang ke Perbualan Sistem RIA. Welcome to RIA Chat System. Anis: Ada sesiapa di sini ? Sistem RIA: ??? Anis: Ada sesiapa di sini ? Saya sedang bercakap seorang diri. Iman: Ada. Saya sorang saja di sini. Dah setengah jam menunggu. ...

Kau Dan Aku

Image
Tika ku layari maya ini Di sepanjang perjalanan Kutemui dirimu, mawar Terbiar sendirian Ingin kupetik dari tangkaimu Takut terluka jemariku Lalu perjalanan ini Menampilkan segala kepuraan Mengikis segala kejujuran Mempamer realiti Katakanlah Aku bukan milikmu