Lakaran Hidup Kita


Sayang…ingat,
mimpi-mimpi itu adalah gambaran,
dalam potrek kehidupan anak Adam,
sedang kenyataan itu..
adalah hakikat kehidupannya.

sayang…ingat,
kehidupan di dunia adalah gambaran,
dalam lakaran kehidupan insan,
sedang di akhirat sana…
adalah hakikat kehidupannya sebenar.

lalu…
semua gambaran itu kosong belaka,
semuanya adalah tipu daya sahaja,
semua aktiviti kita baik atau buruk,
kita menerima hakikatnya di akhirat.

jadi…
mengapa perlu bersusah hati,
usah resah gelisah takut dan berdengki,
perlakuan di dunia adalah potrek diri,
akan terserlah hakikatnya nanti.

sayang…
menghitung hari usiaku kini,
tidur, makan dan ibadah yang sedikit,
manakah peratusan amalan ku tertinggi?
layakkah mendapat syurga Ilahi?

lihatlah…
jika kamu mengayak tepungnya..
justeru halus diambil yang kasar dibuang,
betapa banyak amalan yang kita bawa..
tetapi ikhlas jua pilihan Allah

………………………………………………………………………
semoga kita ikhlas untuk membuat amalan2 soleh…niat kerana Allah…..amin..

Comments

Popular posts from this blog

Sepi

Melodi Kasih

Lakaran Kasih