Puisi Kasih
pelangi kasih,
indah jaluran di pandangan mata
merentang kiri dan kanan langitnya.
tika aku di tengah-tengahnya …
terpegun aku dengan keajaibannya.
merenungku lama,
mencari tujuan dan hala tujunya.
kenapa mengapa dan bagaimana,,,
semakin aku cari semakin sukar mendapati jawapannya.
semakin ku kejar semakin jauh larinya tak jumpa..
lalu aku mengambil keputusan.
untuk berhenti sahaja..dan memandang dengan sayunya.
aku biarkan pelangi kasih menghilang dalam kabus terang..
aku doakan kesejahteraan dari masa ke semasa
itulah selayaknya seorang hamba..
sayang..bayu berpuput
menyampaikan perkhabaran,
sesungguhnya pelangi kasih ku ceria dan tenteram
pelbagai warna menghiasi kamar hidupnya,
usah aku mengetuk pintu menyapanya.

Comments
Post a Comment